Sabtu, 24 Julai 2010

FADHILAT SURAH YASIN..

Antara kelebihan surah Yaasin ialah :


Ayat 1-9 :

Untuk keselamatan diri.


Ayat 12 :

Merupakan jantung surah Yaasin. Jadikannya amalan.


Ayat 22-23 :

Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak-anak yang nakal dan degil. Kalau ingin anak-anak pintar dan lekas faham ajarlah juga zikir Ya Khaliq sebanyak 731 kali. Insya Allah.


Ayat 29 :

Untuk mengelakkan diri dari fitnah, kejahatan mulut orang atau untuk mengelakkan dari aniaya fitnah.


Ayat 30 :

Untuk keinsafan diri.


Ayat 32 :

Untuk menginsafkan dan melembutkan hati orang lain menjadi baik. Ingin aku tambah di sini, jika kita ingin menundukkan musuh kita, bacalah Ya Mutakkabir sebanyak 662 kali mereka akan tunduk kepada kita malah menjadi sahabat atau pembantu yang setia. Insya Allah.


Ayat 33-35 :

Bagi yang suka bertani amalkan ayat ini. Insya Allah tanaman akan subur.


Ayat 36 :

Mempermudahkan bertemu jodoh. Caranya baca ayat tersebut dan berdoa, sapukan di muka setiap pagi sebelum keluar rumah.Insya Allah.


Ayat 37 :

Menghidupkan hati yang kering dan mati@keras.


Ayat 41 :

Amalkan ketika masuk atau menaiki kenderaan.


Ayat 44 :

Dibaca untuk menjauhkan fitnah di dalam hidup kita.


Ayat 58 :

Merupakan ucapan salam kepada Allah. Boleh dijadikan ubat untuk sakit kepala.Baca sebanyak tiga kali kemudian sapukan di kepala. Insya Allah.


Ayat 76 :

Untuk menenangkan diri dari kesan fitnah orang. Baca ayat tersebut, pegang dan urutlah dada. Insya Allah kita akan tenang kembali.


Ayat 78-79 :

Baik untuk sakit badan, urat dan tulang.


Ayat 82 :

Jika berhajat sesuatu bacalah ayat tersebut sebanyak 100 kali. Jika dibaca ke atas air minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

pEnGiKuT tErBaiK.....

jom borak...

terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak hati ini....

kata dari hati......hati yang tidak pernah berbohong....